Wednesday, 20 June 2012

Wanita Ditahan Dari Menaiki Pesawat Kerana Payudara



Seorang wanita telah ditahan dari menaiki pesawat yang berlepas dari Las Vegas ke New York kerana terlalu mendedahkan lurah payudaranya.

Pegawai yang bertugas di syarikat penerbangan US di Southwest itu menghalang wanita tersebut dari menaiki pesawat kerana baju yang dipakainya dikatakan 'tidak sesuai' kerana mendedahkan sebahagian besar payudaranya.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Ayital tidak mempedulikan arahan tersebut dan berjaya menaiki pesawat tersebut pada jam 6 pagi dan tiba ke distinasinya tanpa ada apa-apa masalah lain.

Beliau berkata: "Saya tidak akan membenarkan pandangan pegawai tersebut mengenai payudara saya hingga saya terpaksa mengubah cara saya menaiki pesawat ini.

"Dan percayalah, pesawat tersebut tidak terhempas pun dari angkasa, lurah payudara saya tidak akan sesekali memberi gangguan kepada pesawat untuk berfungsi dengan sempurna."

Jurucakap Southwest, Christi McNeill berkata, mereka memohon maaf kepada Ayital dan akan memulangkan semula bayaran tiket beliau untuk menunjukkan niat mereka yang menyesal di atas kejadian tersebut.

Komen untuk blogger dikuasakan oleh Syakila

No comments:

Post a Comment

Kongsi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Idea by Crew Genius